17 FEBRUARI 2020, USM, SUNGAI DUA : Seminar online tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP). Seminar online ini merangkumi staf dari kalangan 3 kampus induk iaitu Kampus Kejuteraan USM, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam, Kampus Kesihatan USM dan juga staf dari kalangan Pusat Islam USM, Pulau Pinang. Antara yang hadir di program tersebut ialah Naib Canselor USM, Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Shukri Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, En. Amran Hazali.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membina satu Modul Pembangunan Smart Zakat serta pemahaman isu-isu zakat terkini dan pemerkasaan institusi zakat kepada peserta online dan juga staf yang terlibat. Modul berkenaan telah dibentangkan oleh pegawai dari Zakat Pulau Pinang yang turut sama menyertainya secara online.
Di majlis yang sama ZPP telah menyumbangkan set penghawa dingin yang bernilai RM10,000 kepada kelas KAFA dan tadika Pusat Islam Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
FOTO KREDIT : PUSAT ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PULAU PINANG