Rasional Logo

Rekabentuk logo menggunakan gabungan logotaip dan juga simbol

Perkataan ZAKAT PULAU PINANG yang dominan beserta huruf-huruf jawi ‘Pa‘, ‘Alif‘, dan ‘Zai‘ merupakan abjad awalan kepada perkataan Pusat Urus Zakat (PUZ).

Konsep ini dipilih untuk menunjukkan sifat saling melengkapi antara jenama PUZ dan juga Zakat Pulau Pinang.

Hurufnya direka secara mudah dan tidak menggunakan elemen khat sepenuhnya untuk menampilkan kesegaran kepada rekabentuk ini, kedudukannya yang kelihatan seperti mendukung pula menggambarkan walaupun dijenamakan semula, PUZ masih meneruskan tanggungjawabnya yang digalas dengan penuh efisyen dan bersemangat.

Warna hijau lumut pada huruf ‘Pa‘ dipilih untuk menggambarkan definasi zakat iaitu bersih, suci dan subur.

Warna kelabu pada huruf ‘Alif‘ dan hijau epal pada huruf ‘Zai‘ pula dipilih untuk menampakkan keharmonian organisasi dan ciri-ciri korporat PUZ.

Tipografi adalah dari jenis ‘eurofurence bold ‘ untuk menampilkan kesungguhan dan keseriusan PUZ dalam menjalankan aktiviti yang diamanahkan. Jenis ‘font‘ yang berbentuk bulat ini juga dipilih untuk melambangkan konsep yang berorientasikan pelanggan.

Secara keseluruhan, visi dan nilai-nilai PUZ terserlah di dalam reka-bentuk logo baharu ini sekaligus menyempurnakan hasrat untuk penjenamaan semula dengan menggunakan perkataan ZAKAT PULAU PINANG yang lebih ‘direct’ dan telus.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist