SKIM SAKINAH

SKIM SAKINAH (SKIM POTONGAN ZAKAT BULANAN) ZAKAT PULAU PINANG

PANDUAN PEMBAYAR ZAKAT

PANDUAN BAGI MENYERTAI SKIM SAKINAH

  1. Skim Sakinah (Skim Potongan Zakat Bulanan) ini terbuka kepada semua kakitangan sektor kerajaan, badan-badan berkanun dan sektor swasta beragama Islam.

  2. Borang kebenaran potongan gaji ini hendaklah diisi oleh pemohon dalam tiga (3) salinan dan diserahkan ketiga-tiga salinan kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP) (borang melalui kaunter).

  3. Bagi borang yang diisi secara “online“ pemohon perlu melengkapkan semua maklumat yang diperlukan termasuk nama dan alamat majikan. Borang secara “online“ boleh di capai melalui pautan Borang Potongan Gaji Online di bawah.

  4. Pemohon perlu memastikan majikan memberi kebenaran potongan gaji zakat secara bulanan (Majikan Baru).

  5. Jumlah potongan gaji ansuran boleh ditentukan sendiri atau merujuk kepada ZPP.

  6. Penyata rasmi pembayaran akan dihantar kepada pembayar ke alamat yang tercatat di dalam borang kebenaran potongan gaji pada  bulan Mac setiap tahun bagi kegunaan rebat (tolakan) cukai pendapatan individu.

  7. Sekiranya berlaku pertukaran alamat surat menyurat, sila maklumkan kepada ZPP dengan segera.

Nota:

Sebarang perubahan jumlah bayaran (penambahan dan pengurangan), pemohon perlu mengisi borang dan menyerahkan kepada ZPP. Pihak ZPP akan mengeluarkan surat arahan rasmi kepada majikan untuk pindaan tersebut.

PANDUAN MAJIKAN

PANDUAN KEPADA MAJIKAN BAGI KAKITANGAN YANG INGIN MENYERTAI SKIM SAKINAH

  1. Kebenaran potongan gaji untuk bayaran zakat secara ansuran diberi kepada ZPP oleh Jabatan Buruh di bawah Seksyen 24, Akta Kerja (1955).

  2. Bagi pembayaran zakat bagi Skim Sakinah ini, pembayaran zakat tersebut akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja setelah semakan bayaran wang tersebut telah dikredit dalam akaun bank ZPP. Slip pengesahan penerimaan bayaran akan dihantar kepada pihak majikan sebagai bukti penerimaan bayaran.

  3. Bagi pemohon yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan telah membayar zakat, majikan hendaklah mengurangkan atau memberhentikan jumlah PCB berdasarkan jumlah zakat yang dibayar (Pindaan LHDN 2000).

  4. Pembayaran dengan cek hendaklah ditulis atas nama Zakat Pulau Pinang dan dialamatkan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif,

Zakat Pulau Pinang, MAINPP,

No.4 Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,

14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

(u.p: Bahagian Khidmat Majikan)

5. Pembayaran secara online hendaklah diemail ke bkm@zakatpenang.com perkara-perkara berikut:

  • Payment advice” daripada pihak bank.

  • Senarai nama kakitangan yang membuat potongan bulanan.

**Sila pastikan “amaun di bank in” adalah sama dengan “jumlah yang di bank in

6. Bagi pencarum yang ingin membuat pemberhentian zakat bulanan, pemohon perlu memuat turun serta mengisi Borang Pemberhentian Potongan Gaji. Seterusnya borang tersebut hendaklah diemail atau fakskan kembali kepada Bahagian Khidmat Majikan untuk tindakan seterusnya.

7. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan potongan zakat secara bulanan, sila hubungi kami di talian terus: 04- 549 8143 / 04-549 8148 / 04-549 8150 (Bahagian Khidmat Majikan) atau emel kepada bkm@zakatpenang.com.

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Nota:

Sebarang perubahan jumlah bayaran (penambahan dan pengurangan), pemohon perlu mengisi borang dan menyerahkan kepada ZPP. Pihak ZPP akan mengeluarkan surat arahan rasmi kepada majikan untuk pindaan tersebut.

SENARAI BORANG POTONGAN GAJI

Borang Potongan Gaji (Tentera)

Borang Potongan Gaji

Borang Potongan Gaji (Online)

Borang Permohonan

Pemberhentian Potongan Gaji

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist