Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

Kami bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang mesra dan adil kepada pembayar dan penerima bantuan zakat dan dengan itu kami berjanji:

  1. Memberi layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan di semua platform perkhidmatan zakat.

  2. Mengagihkan zakat secara adil dam telus selaras dengan ketetapan syarak.

  3. Memberi maklumat yang jelas dan lengkap berkaitan zakat.

  4. Menyediakan pelbagai saluran kemudahan pembayaran zakat.

  5. Memproses penerimaan pembayaran zakat di kaunter tidak melebihi 5 minit.

  6. Menghantar penyata bayaran zakat bulanan (Skim Sakinah) sebelum 31 Mac setiap tahun.

  7. Memproses semua permohonan bantuan yang lengkap untuk mendapatkan keputusan dalam tempoh 30 hari.

  8. Memberikan maklum balas terhadap setiap aduan perkhidmatan dalam tempoh 3 hari bekerja.

  9. Memproses bantuan segera yang layak serta merta.

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist