Penerbitan

PENERBITAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

BUKU LAPORAN TAHUNAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

Buku Laporan Tahunan ZPP telah diterbitkan secara berkala (tahunan) khusus untuk memuatkan laporan-laporan tahun semasa ZPP di samping menjadi tempat rujukan bagi memapar dan membentangkan prestasi semasa ZPP dari segi kutipan dan agihan dana zakat di Pulau Pinang. Selain itu, penerbitan Buku Laporan Tahunan ini juga berperanan sebagai ringkasan maklumat-maklumat dalam bentuk artikel, glosari, direktori, dan sebagainya untuk kemudahan masyarakat Islam di Pulau Pinang mencapai akses keberadaan ZPP di Pulau Pinang.

 

KAD LAPORAN PENGURUSAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

Kad Laporan Pengurusan Zakat Pulau Pinang, MAINPP ini menghimpunkan kepelbagaian aktiviti kutipan dan agihan zakat bagi menjelaskan bagaimana Zakat Pulau Pinang (ZPP) mentadbir, mengurus kutipan dan mengagihkan dana zakat di negeri Pulau Pinang. Dengan adanya inisiatif ini, ZPP dapat menyemarakkan lagi agenda pembangunan zakat di negeri Pulau Pinang terutamanya dalam pembangunan sosio ekonomi asnaf.

BULETIN EDISI KHAS BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

Buletin Khas Covid 19 menyediakan maklumat yang berguna dan mudah berkaitan Bantuan Khas Covid-19 yang dilaksanakan oleh Zakat Pulau Pinang. Beberapa pentunjuk utama dipersembahkan pada permulaan penerbitan ini bagi membolehkan pembaca memahami secara sepintas lalu arah aliran agihan dana zakat kepada penduduk Muslim yang terjejas akibat pandemic Covid 19 di Pulau Pinang. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini hanya merupakan langkah efektif dan responsif yang diambil untuk memacu pengurusan Zakat Pulau Pinang mendepani cabaran yang mencabar pendemik COVID 19 dan seterusnya menyantuni asnaf zakat demi kelestarian jaminan sosio-ekonomi ummah di Pulau Pinang.

BUKU PELAN STRATEGIK ZAKAT PULAU PINANG 2020-2022

Buku Pelan Strategik Zakat Pulau Pinang 2020-2022 diterbitkan sebagai dokumen halatuju strategik dalam tempoh tiga tahun ke hadapan Zakat Pulau Pinang. Pelan Strategi Zakat Pulau Pinang 2020-2022 ini adalah merupakan edisi keempat perancangan hala tuju organisasi selepas Bengkel Hala Tuju 10 Tahun Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (2003-2013); Bengkel Percambahan Pemikiran Hala Tuju Pusat Urus Zakat Pulau Pinang 2011; dan Sumbang Saran Pemikiran Hala Tuju Zakat Pulau Pinang 2016-2020.

BUKU REKAYASA ZAKAT

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist