KITAB (Kolej Islam Teknologi Antarabangsa)

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang

KITAB adalah lanjutan daripada sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 1995 yang menawarkan Program Diploma Tahfiz Al-Quran dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. KITAB memulakan operasi sebagai sebuah IPT pada tahun 2005 berikutan kemajuan dan perkembangan oleh MTQ yang berjaya melahirkan graduan-graduan diploma tahfiz dengan jayanya.

KITAB berperanan mewujudkan pendidikan bersepadu meliputi intelek, rohani dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pembinaan generasi umat dan pembangunan negara. Justeru itu, ia amat selari dengan slogan kata KITAB iaitu:

Memacu Legasi Tarbiah, Ke Arah Melahirkan Ulul Albab

Alamat:

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang,
Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 Georgetown, Pulau Pinang

Nombor Telefon:

+604-835 1689

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist