Bantuan Kemasukan Elektrik & Air

BANTUAN KEMASUKAN ELEKTRIK DAN AIR ZAKAT PULAU PINANG

OBJEKTIF

Melengkap prasarana kediaman Fakir/ Miskin.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat.

  2. Pemohon mestilah mendapatkan persetujuan bertulis daripada semua tuan tanah yang terlibat.

  3. Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang dan kediaman terlibat mestilah berada di Pulau Pinang.

  4. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga.

  5. Status rumah pemohon mestilah kepunyaan sendiri atau mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik tanah berkenaan.

  6. Bantuan ini diberi kepada kes pemasangan meter air/ elektrik yang baharu.

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan mestilah dikemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

    • Salinan dokumen hak milik tanah (geran mukim / daftar sementara / borang 14A / surat kelulusan pejabat tanah)

    • Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.

    • Salinan kad pengenalan tuan tanah

  2. Permohonan mestilah mendapat sokongan dan perakuan daripada Jawatankuasa Kariah tempat tinggal pemohon.

  3. Siasatan akan dilakukan ke kediaman pemohon. Semua maklumat berkaitan kesihatan, pendapatan, keadaan keluarga dan keadaan rumah pemohon perlu dilaporkan oleh Pegawai Penyiasat beserta dengan gambar untuk pertimbangan pihak pengurusan.

  4. Pemasangan bagi permohonan yang berjaya akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh Zakat Pulau Pinang.

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist