Kaunter Zakat Bergerak

PERKHIDMATAN KAUNTER ZAKAT BERGERAK (VAN BERGERAK)

Perkhidmatan kaunter zakat bergerak ialah satu bentuk perkhidmatan kaunter tambahan yang disediakan oleh Zakat Pulau Pinang bagi tujuan memudahkan urusan zakat seperti taksiran zakat, pembayaran zakat, permohonan bantuan dan sebarang pertanyaan yang berkaitan bagi kawasan-kawasan yang mungkin jauh daripada kaunter tetap cawangan Zakat Pulau Pinang.

Perkhidmatan kaunter zakat bergerak selalunya diadakan bersama-sama program anjuran sektor kerajaan, swasta, NGO dan masjid-masjid sekitar Pulau Pinang.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter zakat bergerak ini, boleh menghubungi Bahagian Khidmat Kaunter di talian 04-549 8088.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Membuat taksiran pelbagai jenis zakat.

2. Menerima bayaran pelbagai jenis zakat.

3. Menyedia, menerima borang permohonan serta pertanyaan tentang bantuan zakat.

4. Kemudahan menyemak status permohonan zakat.

5. Menerima pelbagai bayaran lain selain zakat (fidyah, sedekah, luqatah, saham wakaf dan lain-lain).

 

Sebarang pertanyaan, hubungi;

04-549 8088 (Bahagian Khidmat Kaunter, Zakat Pulau Pinang)

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist