Inapan Kasih Sayang

INAPAN KASIH SAYANG, ZAKAT PULAU PINANG

Inapan Kasih Sayang ditubuhkan bagi membantu anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang lengkap dan sempurna dari sekolah sehingga ke asrama melalui pembiayaan yuran dan bantuan pakaian seragam sekolah, kemudahan kelas tuisyen, kelas agama, perpustakaan mini, bilik komputer dan sebagainya.

Bangunan ini merupakan sumbangan daripada Inai Kiara Sdn. Bhd. di atas sebahagian tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang beralamat di Lot 4188, Mukim 8, Pongsu Seribu, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang pada tahun 2008 dan diserahkan kepada Pusat Urus Zakat pada tahun 2011 bagi merealisasikan impian mewujudkan sebuah asrama untuk anak-anak fakir miskin. Asrama ini mempunyai tiga blok utama iaitu asrama lelaki, asrama perempuan dan bangunan pentadbiran termasuk pejabat, dewan utama, dewan makan dan surau. Asrama ini mempunyai 60 bilik dengan jumlah penghuni bagi setiap bilik seramai 3 orang.

Inapan Kasih Sayang telah mula dibuka secara rasminya pada sesi persekolahan 2012 kepada pelajar-pelajar darjah empat, lima dan enam dengan pengambilan pertama (first batch) seramai 86 orang dengan 52 orang pelajar perempuan dan 34 orang pelajar lelaki. Semua penghuni asrama ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Kepala Batas.

Nombor telefon: +604-575 0490
Nombor Fax: +604-575 0491
Email: ikspuz2011@yahoo.com

 

 

 

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist