Sejarah Penubuhan Zakat Pulau Pinang, MAINPP

SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah penubuhan Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

Y.B. Dato’ Dr. Haji Mohd Shahar bin Sidek, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang telah membentangkan satu kertas kerja berkaitan penubuhan syarikat milik penuh (100%) MAINPP bagi urusan pungutan zakat di negeri Pulau Pinang.

23 Oktober 1993

01 Jun 1994

Syarikat As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. (ASUZ) telah didaftarkan oleh MAINPP sebagai syarikat petugas amil bagi pihak MAINPP – nombor syarikat 302434 A dengan pelaburan modal sejumlah RM1,019,658.00 dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad milik penuh MAINPP.

ASUZ telah memulakan operasi sepenuhnya dengan menggunakan nama Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang atau ringkasnya PUZ sebagai nama pejabat bagi ASUZ bertujuan untuk mengekalkan ‘public interest’ terhadap institusi zakat.

01 September 1994

26 April 2012

Penjenamaan semula nama dan logo Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kepada nama korporat yang baru iaitu Zakat Pulau Pinang. Penjenamaan ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato Seri Utama Dr Hj Abdul Rahman Hj Abbas, Yang diPertua Negeri Pulau Pinang.

BIDANG KUASA

Di peringkat awal penubuhan, bidang kuasa Zakat Pulau Pinang hanyalah sekadar mengumpulkan zakat harta di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai. MAINPP masih memainkan peranan untuk mengumpulkan zakat fitrah dan mengagihkan dana zakat di negeri Pulau Pinang.

Namun, kejayaan Zakat Pulau Pinang meningkatkan kutipan zakat harta dari RM 0.19 juta pada tahun 1994 kepada RM 9.36 juta pada tahun 1998 telah meyakinkan MAINPP bahawasanya Zakat Pulau Pinang amat berpotensi untuk menguruskan operasi kutipan dan agihan zakat sekaligus.

Pada bulan Mac 1999, MAINPP telah memberi kepercayaan penuh kepada Zakat Pulau Pinang untuk mengendalikan sepenuhnya kedua-dua operasi kutipan dan agihan zakat bagi negeri Pulau Pinang dan juga kutipan dan agihan zakat fitrah.

KUTIPAN ZAKAT DI AWAL PENUBUHAN

Zakat Pulau Pinang memulakan operasi awalnya pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.

Kini, Zakat Pulau Pinang telah menambah enam (6) lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.

Pada 3 Januari 2005, Zakat Pulau Pinang mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat Zakat Pulau Pinang yang baru.

MATLAMAT PENUBUHAN

  1. Meningkatkan kutipan zakat negeri Pulau Pinang.

  2. Memperkenal sistem pungutan zakat yang lebih sistematik melalui operasi berkomputer.

  3. Sebagai elemen ingat dan sedar kepada umat Islam bahawa zakat dapat memainkan peranan besar dalam mengukuhkan ekonomi umat Islam.

  4. Menyediakan kemudahan membayar dan mengagihkan wang zakat dengan lebih berkesan dan adil agar pembayar zakat dan umat Islam yakin dan berpuas hati.

  5. Memperkenal budaya kerja korporat dalam operasi pungutan dan pengagihan kumpulan wang zakat.

  6. Satu institusi zakat yang unggul dan menjadi salah satu teras sosio-ekonomi umat Islam berlandaskan:

  • Perkhidmatan yang berkualiti

  • Pengurusan korporat yang mantap dan berdaya maju

  • Penggunaan teknologi terkini

  • Penggemblengan dan pembangunan sumber manusia

  • Pertalian yang erat dengan semua pihak

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist