Pusat Latihan Zakat (PULAZA)

Pusat Latihan Zakat atau ringkasnya disebut PULAZA merupakan cadangan yang terhasil semasa Resolusi Bengkel Halatuju 10 Tahun PUZ (2003 – 2013). Pihak MAINPP telah bersetuju untuk menyerahkan sebahagian lot tanah miliknya di Pantai Acheh, Balik Pulau sebagai tapak pembinaan PULAZA. Pihak MAINPP telah menyerahkan kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP) untuk mengoperasikan PULAZA.

PULAZA telah dibangunkan dengan menggunakan wang sumbangan dari Yayasan Al-Bukhary untuk kemudahan umat Islam. Ianya bertujuan untuk menyediakan satu pusat latihan khas kepada umat Islam seperti bengkel, motivasi, seminar dan lain-lain. Ianya boleh disewa pada kadar yang berpatutan.

Harapan ZPP supaya umat Islam di Pulau Pinang berbangga dengan penubuhan PULAZA dan pihak ZPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pembayar zakat dan pelanggan PULAZA.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist