4 April 2021, Perai : Baru- baru ini telah diadakanMesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang 2021 di Hotel Ixora, Perai. Mesyuarat ini merupakan anjuran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jawatankuasa Panel Syariah Zakat Pulau Pinang. Meysuarat telah dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, SS Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor.
Pada mesyuarat tersebut sebanyak 12 kertas cadangan mengenai isu- isu zakat telah dibentangkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bagi mendapatkan pandangan hukum dan fatwa terkini.