Objektif Bantuan
Meringankan beban golongan fakir dan miskin sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan.
Syarat dan Kelayakan
1. Beragama Islam.
2. Warnganegara Malaysia serta bermastautin di Pulau Pinang.
3. Berpendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al-Kifayah seperti berikut:
No. | Kategori | Jumlah Had Kifayah (RM) |
---|---|---|
1 | Ketua Keluarga | RM775.00 |
2 | Isteri | RM290.00 |
3 | Anak / Tanggungan | RM265.00 |
4. Hanya Ketua Keluarga sahaja layak memohon bagi setiap keluarga atau isi rumah iaitu seperti berikut:
No. | Kategori | Status Perkahwinan |
---|---|---|
1 | Suami | Jika berkahwin |
2 | Isteri | Jika bercerai (cerai hidup/cerai mati) |
3 | Isteri | Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah |
5. Mengisi dan melengkapkan borang yang disediakan oleh pihak ZPP secara atas talian.
6. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Permohonan adalah HANYA melalui Pusat Khidmat Adun dan Parlimen di Negeri Pulau Pinang