6 MAC 2021, Tasek Gelugor : Zakat Pulau Pinang, MAINPP (ZPP) menyerahkan semula rumah yang telah selesai dibaikpulih kepada pemiliknya, En. Abdul Aziz Abu Hussain. Sementara menunggu rumah siap, ZPP telah memberi bantuan menyewa rumah untuk mereka sekeluarga diami. ZPP juga telah membantu memasang bekalan elektrik dan oleh kerana kedudukan rumah berkenaan jauh ke pdalaman dan tiada sumber bekalan air, ZPP telah menyediakan satu telaga ‘boring’ untuk kegunaan keluarga ini mendapat bekalan air yang bersih.
Bantuan baikpulih rumah ini adalah sebahagian dari usaha Zakat Pulau Pinang, MAINPP bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin menampung kos membaiki rumah yang rosak dan daif seterusnya menyediakan ruang kediaman yang lebih sempurna.
Penyerahan semula rumah ini disempurnakan oleh YB Dato’ IR Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.