18 Disember 2020, Bukit Mertajam : Dato’ Mohd Faizal Ali, Pengarah Urusan Warisan Ali Group Sdn Bhd, telah menunaikan Zakat Harta keluarganya dan juga Zakat Perniagaan bagi Haul 2019. En. Mohamad Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasai) ZPP mewakili ZPP menerima pembayaran zakat tersebut di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang.