Program Kem Matematik bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) SPM 2023 yang berlangsung pada 27 – 29 Oktober 2023 (Jumaat – Ahad) bertempat di Pusat Latihan Zakat (PULAZA). Seramai 10 orang Jurulatih Utama (Guru) dan 120 orang pelajar dari 11 buah SABK yang terlibat dalam kem 3 hari 2 malam ini.
Kem ini adalah di bawah kelolaan Bahagian Institusi & Pendidikan, Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dan ianya merupakan sebahagian dari program Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA).
Melalui program MPDCA, pelajar-pelajar di sekolah akan menerima manfaat dari pelbagai program termasuk kelas-kelas tambahan & bengkel menjawab soalan peperiksaan secara percuma.
Terima kasih buat semua pembayar zakat yang menyumbang. Terima kasih juga buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.