8 Disember 2021, Kepala Batas : Encik Mohammad Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Zakat Pulau Pinang telah meluangkan masa bertemu dengan Puan Shah Rizul Irza Zulkiply dan suami, Encik Muhamad Shahril Ismail yang membuka butik yang dikenali di Malaysia dan luar negara iaitu Eja Shahril Boutique di Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara Zakat Pulau Pinang dan pembayar zakat di samping mempergiatkan usaha menarik ramai lagi usahawan yang terkenal dan berjaya bagi menyumbang Zakat Perniagaan mereka kepada Zakat Pulau Pinang. Lebih membanggakan, rekaan Puan Shah Rizul Irza Zulkiply, 33, turut menarik perhatian pereka fesyen antarabangsa apabila beliau turut dijemput bagi memperagakan rekaannya pada ‘Couture New York Fashion Week’ di New York, Amerika Syarikat. Terima Kasih kepada Eja Shahril Boutique kerana sudi menerima kunjungan dan menyokong usaha Zakat Pulau Pinang.