Sumbangan Kafalah Mahabbah Zakat Pulau Pinang, MAINPP (Khairat Kematian) kepada Ibu Bapa Allahyarham Abu Hansany Bin Abu Hassan Shaari, Pembayar Zakat Perniagaan Syarikat Enterprise yang pulang mengadap Allah SWT baru-baru ini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan para solehin. Ameen..
Sumbangan disampaikan oleh En. Mohamad Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Zakat Pulau Pinang, MAINPP.