Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang (ZPP) ini baru saja bermula hari ini dan akan berakhir pada 9 Disember 2023.
Ianya adalah sebahagian dari usaha ‘Pembangunan Modal Insan’ oleh ZPP, MAINPP untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya, Muzakki dari golongan Mustahiq terutamanya dari kalangan usahawan baharu.