7 Disember 2021, Bukit Mertajam : Majlis yang berlangsung di Iconic Hotel baru-baru ini menunjukkan keprihatinan syarikat-syarikat korporat ini dalam melunaskan kewajipan sosial korporatnya dengan menyalurkan pembayaran zakat perniagaan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat Islam amnya dan para asnaf khususnya di Pulau Pinang Sebanyak 6 buah syarikat korporat yang telah menunaikan bayaran zakat perniagaan dalam majlis ini adalah :
i. Pharmaniaga Berhad – RM500,000.00
ii. PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd – RM313,082.25
iii. CIMB Islamic Bank – RM200,000.00
iv. Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu – RM174,485.57
v. Rural Capital Berhad – RM63,959.00
vi. Al Haddad Marketing Sdn Bhd – RM50,000.00 beserta Al Haddad Mart – RM10,000.00
Alhamdulillah jumlah keseluruhan pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM1,311,526.82(Ringgit Malaysia: Satu Juta Tiga Ratus Sebelas Ribu Lima Ratus Dua Puluh Enam dan Sen Lapan Puluh Dua Sahaja). Zakat Pulau Pinang merakamkan ucapan jutaan TERIMA KASIH dan PENGHARGAAN kepada semua pembayar–pembayar zakat korporat yang sentiasa terus bersama- sama Zakat Pulau Pinang. Zakat Pulau Pinang akan menunaikan amanah yang diberikan dengan penuh rasa bertanggungjawab. Doa daripada Zakat Pulau Pinang agar perniagaan dan syarikat tuan-tuan dan puan-puan akan terus berkembang maju dan berjaya di masa akan datang, Inshaa Allah. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman mewakili ZPP menerima pembayaran zakat perniagaan berkenaan.









