Majlis yang berlangsung di Auditorium A, KOMTAR pagi tadi merupakan kempen ‘Skim Potongan Zakat Bulanan’.
Kempen ini bertujuan untuk memberi kemudahan serta menyemarakkan lagi pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan oleh kakitangan kerajaan awam dan swasta, sekaligus menambah jumlah kutipan zakat untuk diagihkan kepada asnaf memerlukan kelak.
Dalam majlis ini, ‘BICARA SANTAI ZAKAT’ bertajuk SUMBER BERKAH HINGGA KE JANNAH disampaikan oleh YBhg. Prof Madya Dr Mohd Sukki Bin Othman, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia. Manakala ‘Refresh Zakat’ disampaikan oleh YBhg. Ustaz Haji Omar Bin Khalid, Pengurus Besar Jabatan Operasi Kutipan.
Majlis diteruskan ucapan aluan oleh YBrs. Dato’ Haji Amran Bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang dan ucapan penyempuraan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Rizal Bin Mohd Hanapiah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekaligus merasmikan Pelancaran Kempen Potongan Gaji Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2023. Sebagai simbolik gimik pelancaran beliau menurunkan tandatangan pada plat perasmian yang disediakan.
Kami sangat menghargai sokongan anda semua kerana bersama kami selama ini. Semoga dengan inisiatif Skim Sakinah ini lebih ramai asnaf memerlukan dapat kita bantu bersama, Insya Allah.