30 Oktober 2021, Teluk Kumbar : Majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Maqbul Teluk Kumbar ini telah dirasmikan oleh CEO ZPP, En. Amran Hazali. Majlis serahan bantuan ini diadakan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa- mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini. Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah YB Azrul Mahathir Aziz, ADUN Bayan Lepas, YB Haji Mohd Tuah Ismail, ADUN Pulau Betong, Y.Bhg Tuan Mohd Aswad Nadzri, Pegawai Daerah dan Tanah Barat Daya dan Dato’ Prof Dr. Muhammad Idris Salleh, Pengerusi Kariah Masjid Maqbul Teluk Kumbar. Pada majlis tersebut sejumlah RM86,100 telah disalurkan kepada 287 mangsa yang terlibat dan setiap mangsa juga menerima bantuan pek makanan bagi meringankan beban mereka ketika ini.