Wang zakat anda turut dimanfaatkan dalam program Iltizam Huffaz, sebuah program yang dikoordinasi oleh Yayasan Islam Pulau Pinang bagi memastikan pelajar Pusat Tahfiz yang berusia 17 Tahun ke atas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tahfiz di Pulau Pinang dengan menggunakan khidmat Guru Pakar dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan ditaja oleh Zakat Pulau Pinang
GAMBAR – Pelajar-pelajar sedang menghadapi Ujian Percubaan 2 SPM 2022. Didoakan semua pelajar dapat melaksanakan dengan terbaik dan cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru Iltizam Huffaz kerana bertungkus lumus menyediakan bahan agar pelaksanaan Ujian Percubaan 2 SPM 2022 ini berjalan dengan jayanya.