Satu program Keep In Touch Wakil Kutipan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah diadakan di Bertam Resort, Kepala Batas.
Program ini bertujuan untuk menjelaskan perlaksanaan wakalah dan meraikan Wakil Kutipan ZPP. Ianya juga merupakan salah satu platform bagi memupuk semangat kepada Wakil Kutipan ZPP.
Pada tahun ini sebanyak 20 organisasi telah dilantik oleh ZPP sebagai wakil kutipan dalam usaha meningkatkan liputan pengagihan di Pulau Pinang. Mereka terdiri dari sekolah-sekolah agama yang terdiri daripada maahad tahfiz, sekolah rendah dan menengah agama, NGO dan surau terpilih
Dalam program yang diadakan ini, ZPP telah menyampaikan lima Anugerah Khas kepada Wakil Kutipan ZPP iaitu:
1. Anugerah Khas: Abu Bakar As-Siddiq RA yang dipilih berdasarkan prestasi kutipan terbaik 2023 disandang oleh ISLAMIC PROPAGATION SOCIETY INTERNATIONAL (IPSI)
2.Anugerah Muaz bin Jabal RA yang dipilih berdasarkan Wakil Kutipan dan Agihan Terbaik 2023 disandang oleh SEKOLAH RENDAH ISLAM BAHRUL ULUM (SRIBU)
3.Anugerah Huzaifah bin Al-Yaman RA yang dipilih berdasarkan Pengurusan Terbaik dan Inovasi 2023 disandang oleh PUSAT PENDIDIKAN AL-ITQAN
4.Anugerah Abu ‘Ubaidah bin Al-Jarrah RA yang dipilih berdasarkan Kutipan Paling Aktif 2023 disandang oleh SURAU AR RIDHUAN PENANG GOLF RESORT
5.Anugerah Ka’ab Ibnu Malik RA yang dipilih berdasarkan Kriteria Dakwah Zakat Terbaik 2023 disandang oleh PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Wakil Kutipan ZPP yang sentiasa menyokong Zakat Pulau Pinang selama ini.