KEMBARA DAKWAH ZAKAT PULAU PINANG di Masjid Jamiul Sharif, Pokok Machang. Moga bermanfaat buat anak-anak kariah. Antara pengisian program ini ialah:
1- Taklimat Skim Agihan Zakat (Bantuan-bantuan yang disediakan ZPP) dan Skim Wakalah (Pengembalian wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar) oleh Ustaz Muhammad Nazreen Haji Adnan.
2- Khutbah zakat dengan perkongsian informasi terkini berkenaan agihan bantuan dan jenis zakat di Zakat Pulau Pinang disampaikan oleh Ustaz Hj. Azhari Ahmad.
2- Kaunter zakat bagi perkhidmatan bantuan zakat, bayaran zakat dan pertanyaan berkenaan zakat.
3- Mengeratkan hubungan di antara Zakat Pulau Pinang dan seluruh kepimpinan pengurusan masjid.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami buat barisan pengurusan Masjid Jamiul Sharif, Pokok Machang atas kesudian menerima kehadiran ZPP. InsyaAllah kita jumpa lagi di masa depan.
![](https://zakatpenang.com/wp-content/uploads/2023/03/334482952_739851230985151_3752561547038383970_n-300x225.jpg)
![](https://zakatpenang.com/wp-content/uploads/2023/03/334531322_669829768279039_3379355201499055_n-300x225.jpg)
![](https://zakatpenang.com/wp-content/uploads/2023/03/334668502_762001341864192_8079999884659935795_n-300x225.jpg)
![](https://zakatpenang.com/wp-content/uploads/2023/03/334682152_3414171665496172_788171096420571679_n-1-300x225.jpg)