3 Januari 2020, Bukit Mertajam : Dato’ Mohd Faizal Ali, Pengarah Urusan Jeruk Madu Pak Ali, Cawangan Waqaf Seetee Aisah Seberang Jaya telah menunaikan Zakat Harta keluarganya dan juga Zakat Perniagaan bagi Haul 2019. En. Mohamad Fuad Md Isa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) ZPP mewakili ZPP menerima pembayaran zakat tersebut di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang.