YBhg Dato’ Haji Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih kepada YB Dato’ Mohd Sayuthi Bin Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap ahli MAINPP yang sudi memberikan pandangan dan idea terhadap halatuju kempen Skim Sakinah ZPP iaitu skim pembayaran zakat melalui potongan gaji bulanan dlm satu sesi pertemuan dan perbincangan bersama beliau petang ini. Kempen Skim Sakinah akan diluncurkan dalam masa terdekat, insya-Allah. Terima kasih juga atas sokongan dan dokongan yg diberikan terhadap aktiviti ZPP selama ini.
Moga kesedaran berzakat dalam kalangan kakitangan Muslim kerajaan negeri Pulau Pinang terus berada pada tahap yang memberangsangkan.. Ameen