24 Mei 2022, Prai: Syarikat pengeluar gula MSM Prai Berhad telah menunaikan zakat perniagaan yang berjumlah RM700,000.00 bagi haul 2022. Zakat Perniagaan tersebut telah diserahkan oleh Head Of Finance, MSM Prai Berhad, En. Muhammad Fairoz Abd. Bahrin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, En. Amran Hazali di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang, Bandar Perda.