24 Mei 2021, Bukit Mertajam : Syarikat pengeluar gula MSM Prai Berhad telah menunaikan zakat perniagaan yang berjumlah RM700,000.00 bagi haul 2021. Zakat Perniagaan tersebut telah diserahkan oleh Head Of Finance, MSM Prai Berhad, En. Muhammad Fairoz Abd. Bahrin kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Zakat Pulau Pinang, En. Mohd Fuad Md Isa di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang, Bandar Perda.