TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menghadiri Majlis Serahan Zakat Tenaga Nasional Berhad di Anjung Mutiara.
TYT Tun menyaksikan Majlis Akad dan Penyerahan Zakat Perniagaan oleh YBhg Dato Abdul Razak bin Abdul Majid, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad yang berjumlah RM2,388,000.00 bagi haul 2022 kepada SS Dato Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Nor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
TYT Tun turut menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada Maahad Al-Mashoor Al-Islami Balik Pulau, yang diwakili oleh En. Abdul Rashid bin Abdul Ghani, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid sebanyak RM350,000.00 dari ZPP.