23 April 2021, Penaga : Majlis penyerahan sumbangan hamper Zakat Pulau Pinang kepada asnaf fakir dan miskin telah diadakan di Masjid Permatang Rambai, Penaga, Kepala Batas. Majlis tersebut diadakan sempena Iftar Jami’ie anjuran Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang .
Dalam majlis tersebut seramai 100 orang asnaf yang berdaftar di bawah qaryah berkenaan telah menerima sumbangan hamper bernilai RM100 seorang. Jumlah keseluruhan agihan adalah sebanyak RM10, 000.00.
Antara yang hadir pada majlis ini adalah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap YDP MAINPP, YB. Dato’ Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman.