Baru-baru ini, ZPP telah menerima lawatan kerja daripada Hidayah Centre Foundation cawangan Pulau Pinang.
Lawatan yang diketuai oleh En. Joannes Lukas, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Pulau Pinang ini memberi peluang merapatkan ukhuwwah serta bertukar-tukar pandangan serta pengalaman masing-masing dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada asnaf terutamanya kepada saudara baharu.