20 Januari 2020, Georgetown : ZPP baru-baru ini telah menyerahkan sumbangan wang tunai bagi membantu kesulitan keluarga adik Nurul Aqilah berusia 8 bulan yang dilaporkan page FB Pennag Kini minggu lepas. Ibu beliau, telah 2 bulan tinggal di hospital bagi menemani adik Nurul Akilah yang mengalami masalah radang paru-paru. Pendapatan keluarga ini terjejas kerana sebelum ini ibu beliau turut berniaga bagi membantu pendapatan suami yang bekerja sebagai buruh am di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Bantuan selanjutnya akan disalurkan bagi membantu mereka. Terima kasih kerana berzakat bersama kami di ZPP. Tolong doakan moga adik Nurul Akilah diberi kesembuhan oleh Allah.