Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun bersama Penyelaras KADUN Permatang Pasir, MPKK dan JKM bagi menziarahi dan menyerahkan sumbangan kecemasan kepada sebuah keluarga yang rumah mereka mengalami kerosakan akibat puting beliung di Kampung Pelet kelmarin. Bantuan selanjutnya akan menyusul, insya-Allah.