Alhamdulillah kelas bimbingan PPM di lokasi SAR Ar-Rahman, Padang Cempedak berjalan lancar dengan kehadiran seramai 27 pelajar dan bantuan 4 sukarelawan terlatih dari Yayasan Islam Pulau Pinang.
Pelajar kelihatan bersemangat dan bersungguh-sungguh menyelesaikan latihan modul Pulau Pinang Mengajar yang baharu.
Terima Kasih kepada Zakat Pulau Pinang yang menaja kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar yang berfokuskan kemahiran Membaca, Menulis & Mengira(3M).
Program ini adalah usaha YIPP memastikan pelajar mendapatkan ruang dan tempat pendididikan bagi pelajar yang memerlukan agar tiada yang tercicir dalam dunia pendidikan demi pembangunan insan di masa hadapan.



