LEBIH 20 RIBU SAUDARA KITA DI TURKIYE DAN SYRIA DILAPORKAN TERKORBAN AKIBAT GEMPA BUMI BARU-BARU INI. JUMLAH INI DIJANGKA AKAN MENINGKAT. ALLAHU.
Pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Zakat Pulau Pinang akan memberi sumbangan sebanyak RM250,000.00 kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Pihak MAINPP juga akan memberi peluang kepada umat Islam di Pulau Pinang untuk menyumbang sama dengan melancarkan tabung khas kutipan derma bagi tujuan sama di masjid-masjid seluruh negeri pada 2 kali Jumaat iaitu pada 17hb dan 24hb Februari 2023 ini.
Bagi maksud ini, satu arahan akan dikeluarkan kepada semua Pegawai-pegawai Tadbir Agama (PTA) daerah-daerah bagi tujuan koordinasi, Insya Allah. Saya menyeru agar semua pihak yang bersimpati untuk tampil membantu saudara-saudara kita yang terkesan dengan tragedi menyayat hati ini.
Moga sumbangan ini nanti dapat sedikit sebanyak meringankan situasi sukar yang sedang dihadapi. InshaaAllah.