Kalkulator Zakat Saham

KALKULATOR ZAKAT SAHAM

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (Contoh: Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.

Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti tersenanari di pasaran saham.

Sekiranya syarikat telah mengeluarkan zakatnya, pemegang saham tidak perlu mengeluarkan zakatnya lagi, tetapi jika syarikat tidak membayarnya, WAJIB bagi setiap pemegang saham membayarnya.

*Jumlah zakat saham dikira berdasarkan nilai unit yang dimiliki didarabkan dengan harga pasaran saham pada setiap hujung tahun dan didarabkan dengan 2.5%.

Jumlah Saham =                                                        Unit Saham X Harga Pasaran Saham

Jumlah Zakat=                                                        Jumlah Saham X Kadar Zakat (2.5% setahun)

Contoh pengiraan 

Ahmad memiliki saham Bank ABC berjumlah 15,000 unit dengan harga pasaran semasa adalah RM2.00.

Langkah-langkah kiraan:

  1. Kira jumlah saham.

  2. Semak kadar nisab.

  3. Kira jumlah zakat.

Langkah 1:

Jumlah Saham = 15,000 unit x RM2.00                                           = RM30,000.00

Langkah 2: 

Semak Kadar Nisab (RM30,000.00 melebihi RM21,650.00 (Kadar Nisab tahun 2023)

Langkah 3:

Jumlah Zakat = RM30,00000 X 2.5%                                             = RM750.00

KALKULATOR

Sila masukkan jumlah saham anda (Unit saham x harga pasaran saham) mengikut jenis saham berikut. Tinggalkan 0 jika tidak berkaitan. [ KADAR NISAB BAGI TAHUN 2023: RM21,650.00 ]

NO
JENIS SAHAM
JUMLAH SAHAM (RM)
1
Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)
2
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
3
DRB-HICOM Berhad
4
Perusahaan OTomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON)
5
Lain-lain saham
JUMLAH LAYAK DI ZAKAT
JUMLAH ZAKAT (Hanya 2.5% SETAHUN)

Bayar zakat dalam talian (online) menggunakan portal pengguna / portal bayaran zakat rasmi Zakat Pulau Pinang, MAINPP di pautan zakatpenang2ucom

 

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist