Asnaf ialah sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, dan amil – amil yang menguruskannya, para muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba- hamba yang hendak memerdekakan dirinya, untuk orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan) di jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan (musafir), sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
1. Fakir
Fakir ertinya orang yang tiada harta dan tiada pendapatan atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencukupi lima puluh peratus (50%) untuk menanggung tanggungan yang wajib keatasnya.
2. Miskin
Ertinya mana-mana orang yang bukan fakir dan yang mempunyai harta atau pendapatan tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas bagi diri dan tanggungannya.
3. Amil
Orang yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat
4. Muallaf
Seseorang yang baru memeluk Agama Islam.
5. Ghorimin
Mana-mana orang yang terbeban dengan hutang kerana meminjam wang atau harta untuk kegunaan sendiri sebagaimana yang dibenarkan oleh Hukum Syarak
6. Ibnu Sabil
Orang yang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diharuskan oleh Hukum Syarak dari mana-mana negeri atau negara yang terputus kewangannya untuk kembali ke tempatnya.
7. Fisabilillah
Mana-mana orang atau organisasi yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti yang dari segi syaraknya disifatkan sebagai fisabilillah dan termasuk aktiviti menegak, mempertahan, mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya dan berjuang di jalan Allah.
8. Ar-Riqab
Hamba yang berusaha untuk menyempurnakan perjanjian menebus dirinya.
Tarikh dikemaskini: 10/12/2020