Telah berlangsung, Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat (MPPZ) Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bil. 2/2024 yang dipengerusikan YBhg. Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR).
Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang diberi kepercayaan sebagai tuan rumah untuk kali ini dan ianya dihadiri oleh delegasi dari Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dari seluruh Malaysia.
MPPZ diadakan bagi tujuan membincangkan perkara-perkara berbangkit yang berkaitan dengan hal ehwal zakat serta menyelaraskan program-program zakat yang bersifat nasional dengan semua MAIN dan AMZ.