YB Dato’ Dr Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menziarahi adik Khayla yang berusia 8 tahun yang menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta (OI) atau tulang rapuh sejak kecil.
Beliau turut menyampaikan surat tawaran bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) iaitu bantuan tanpa tunai sebanyak RM2,000 sebulan bagi menampung perbelanjaan ubat-ubatan dan keperluan seperti susu & lampin pakai buang yang boleh dituntut dari Farmasi panel lantikan ZPP. Satu lagi surat tawaran bantuan ZPP adalah bantuan one-off sebanyak RM30, 000 setahun untuk menampung kos rawatan adik Khayla
Diharap sumbangan dari dana Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang tersebut dapat meringankan kos perubatan yang tinggi yang terpaksa ditanggung oleh keluarga adik Khayla.
Terima kasih tidak terhingga atas sokongan dan sumbangan anda semua. Zakat anda akan terus dimanfaatkan bagi membantu mereka yang memerlukan, insya-Allah.