RM4.473 Juta Agihan Zakat Nur Ramadan 2024.
Objektif Program Agihan Zakat Nur Ramadan 2024H/1445H ini dianjurkan antara lainnya untuk meringankan beban golongan asnaf fakir dan miskin di Negeri Pulau Pinang, seterusnya memberikan kegembiraan sempena menyambut kedatangan Ramadan dan Aidilfitri setiap tahun.
Program ini disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
Seramai 4,154 orang penerima dalam kalangan asnaf fakir dan miskin terlibat pada tahun ini. Setiap seorang menerima wang tunai sebanyak RM700.00 dan sebuah e-hamper yang bernilai RM100.00.
Majlis yang diadakan ini untuk penerima sekitar Kepala Batas dan penerima bantuan di daerah lain akan dibank-in ke akaun masing- masing.
Terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat kerana melaksanakan tanggungjawab berzakat di Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Semoga lebih ramai individu dan syarikat korporat tampil menunaikan zakat bagi membela golongan asnaf di negeri Pulau Pinang ini.