Pada persidangan hari kedua, ucaptama telah disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim. Turut berada di atas pentas adalah Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Dr Mohamad bin Abdul Hamid.
Perdana Menteri juga telah meluncurkan e-buku iaitu Isu Zakat Kontemporari: Himpunan Soal Jawab Zakat Berdasarkan Rujukan Kitab dan Fatwa dan Malaysia Madani Teras Kelestarian Kewangan Sosial Islam.
Tema persidangan adalah “Inovasi Tadbir Urus Zakat Dalam Merapatkan Kesenjangan Sosioekonomi Ummah”.
Persidangan 2 hari yang bermula pada 15 hingga 16 Februari ini merupakan anjuran bersama diantara Al-Hady Centre Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) dan diadakan di Universiti Sains Malaysia.