1 April 2021, Perai : Zakat Pulau Pinang baru-baru ini menganjurkan Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang Tahun 1442H / 2021M. Majlis ini merupakan salah satu program terpenting yang dianjurkan Zakat Pulau Pinang saban tahun. Namun pada tahun 2020, buat pertama kalinya Zakat Pulau Pinang terpaksa membatalkan Majlis Pentauliahan Amil ini disebabkan pandemik Covid-19.
Pada tahun 2020, ia menyaksikan peningkatan yang luar biasa iaitu jumlah kutipan Zakat Fitrah meningkat sebanyak 9.5% dan jumlah pembayar juga meningkat sebanyak 4.59% berbanding tahun 2019. Pada tahun ini (2021), Zakat Pulau Pinang melantik seramai 1,719 orang Amil Zakat Fitrah yang melibatkan 232 pusat kutipan bagi memungut Zakat Fitrah di seluruh negeri Pulau Pinang.
Zakat Pulau Pinang merakamkan ucapan terima kasih kepada para amil atas kerjasama selama ini dan semoga pada tahun ini, para Amil dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini dengan cemerlang dan jayanya.