TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, menyaksikan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Timbalan Presiden Eksekutif MIDF, Ahmad Farouk Mohamed kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Dato’ Haji Amran Hazali di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Setia Fontaines, Bertam kelmarin.
Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid.
Terima kasih MIDF Amanah Investment Bank Berhad. Semoga Allah menerima ibadah zakat yang ditunaikan serta memberkati perniagaan yang dijalankan. Ameen…