Zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib dikeluarkan sebagaimana yang telah di fatwakan oleh kebanyakan ulama mutalakhirin termasuk Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi, demikian juga oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dihadiri oleh mufti-mufti seluruh Malaysia. la termasuk didalam ‘mal al-mustafad (harta yang memberi faedah) Yang dimaksudkan dengan pendapatan yang wajib dizakatkan itu ialah imbuhan atau perolehan yang didapati oleh individu daripada majikan atau individu sama ada pemberian dalam bentuk tenaga serta perkhidmatan profesional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat. Di negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Syariah Negeri telah memfatwakan zakat pendapatan adalah wajib pada 04 Disember 1989. Nas/Dalil yang mewajibkannya adalah:i. Maksud firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah (zakat) sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang telah Kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Al-Baqarah : 267).ii. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar”. (Riwayat Abu Daud).