Lawatan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ke Darul Hanan Pulau Pinang dan Kompleks Inapan Kasih Sayang, Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Rombongan yang diketuai oleh Encik Mahadi Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Agihan Zakat, MAINS itu disambut mesra Dato’ Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP; Dato’ Haji Sazali Hussein, Pengerusi Pengurusan Darul Hanan Pulau Pinang dan Puan Siti Fatimah Md Jaafar, Pengurus Kompleks Inapan Kasih Sayang serta kakitangan.
Rombongan diberi taklimat agihan zakat, pengurusan Darul Hanan Pulau Pinang dan Kompleks Inapan Kasih Sayang serta dibawa melawat sekitar lokasi tersebut.
Semoga kerjasama erat yang terjalin antara ZPP dan MAINS ini membawa manfaat besar buat asnaf yang memerlukan. Terima kasih Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kerana sudi bertandang ke tempat kami.