Zakat Pulau Pinang, MAINPP sedang dalam usaha untuk menerbitkan sebuah buku soal jawab zakat agar bolen dimanfaatkan oleh umat Islam di negeri Pulau Pinang khususnya.
Sehubungan itu, Bengkel Buku Soal Jawab Zakat Bersama Pakar Hukum telah diadakan bermula kelmarin 26 September sehingga 28 September 2022.
Antara pakar yang hadir dan menyumbang buah fikiran dalam bengkel ini adalah, Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang, Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Penyelidikan ZPP, Ketua Penolong Mufti Negeri Pulau Pinang, Penolong Mufti Unit Buhuth, Penolong Mufti Unit Istinbat, Penyelidik-penyelidik Unit Buhuth, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang serta pegawai-pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Operasi Kutipan, Zakat Pulau Pinang.
Semoga buku soal jawab zakat ini nanti memberi manfaat besar buat umat Islam khususnya di Pulau Pinang, Insya-Allah.