PIAGAM AUDIT DALAMAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
Piagam Unit Audit Dalam Zakat Pulau Pinang (ZPP) merupakan dokumen rasmi yang mentakrifkan tentang tujuan, kuasa dan tanggungjawab aktiviti audit dalaman. Piagam Unit Audit Dalam ZPP mewujudkan kedudukan aktiviti audit dalaman dalam organisasi, membenarkan akses kepada rekod, kakitangan dan harta fizikal yang relevan untuk melaksanakan tugasan dan menentukan skop aktiviti audit dalaman.