SKIM INAPAN KASIH (SKIM BINA RUMAH ZAKAT PULAU PINANG)
Video Pembikinan Rumah Inapan Kasih
OBJEKTIF BANTUAN
-
Menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada Asnaf Fakir / Miskin.
-
Sebagai salah satu penyelesaian masalah miskin tegar di negeri Pulau Pinang dengan menyediakan kediaman baru kepada Fakir /Miskin.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
-
Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
-
Pemohon / isteri atau mana-mana ahli keluarga masih belum mempunyai rumah sendiri atau rumahnya yang sedia ada dalam keadaan yang terlalu daif.
-
Pemohon hendaklah mengemukakan surat akuan bersumpah bagi mengesahkan yang beliau tidak mempunyai rumah lain.
-
Pemohon / ketua keluarga mestilah pemastautin dan menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di negeri Pulau Pinang. Bagi kes-kes yang kurang dari 5 tahun, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi:
-
Ibu / bapa pemohon berasal dari Pulau Pinang.
-
Pemohon lahir di Pulau Pinang.
-
Rumah yang diduduki pemohon bukan hak milik sendiri.
5. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk tapak cadangan (tanah) yang berada di Pulau Pinang sahaja.
6. Pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM1,200.00 sebulan.
7. Pemohon mestilah mempunyai tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis (surat sumpah) daripada pemilik tanah berkenaan yang diperakui
oleh pesuruh jaya sumpah.
8. Sekiranya tanah dimiliki banyak penama, pemohon mestilah mendapatkan persetujuan bersumpah semua penama.
9. Sekiranya pemilik tanah tidak dapat dikenalpasti, pemohon mestilah mendapat sokongan daripada pihak kariah.
10. Permohonan mestilah dikemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:
-
Salinan dokumen hak milik tanah (geran mukim/daftar sementara/borang 14A/surat kelulusan pejabat tanah).
-
Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.
-
Salinan kad pengenalan tuan tanah.
11. Bagi pemohon yang bekerja, penyata terkini KWSP perlulah disertakan.
12. Zakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan daripada pemohon yang mempunyai imej negatif di kalangan jiran-jiran dan penduduk
setempat.
13. Had umur 40 tahun dan ke atas kecuali OKU atau berpenyakit kritikal.
14. Mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya 3 orang ( 4 orang isirumah).
15. Pemohon yang mempunyai kenderaan yang selesa atau masih membayar ansuran kenderaan melebihi RM250 sebulan tidak layak
dipertimbangkan bantuan ini.
16. Pemohon yang mampu melanggan astro / mempunyai alat penghawa dingin tidak layak dipertimbangkan.
17. Zakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan pemohon yang telah memiliki rumah yang lain.
CARA PERMOHONAN
-
Permohonan mestilah mendapat sokongan dan perakuan daripada Jawatankuasa Kariah tempat tinggal pemohon.
-
Siasatan akan dilakukan ke kediaman semasa pemohondan tapak rumah yang dicadangkan. Semua maklumat berkaitan kesihatan, pendapatan, keadaan keluarga dan keadaan rumah pemohon perlu dilaporkan oleh Pegawai Penyiasat beserta dengan gambar untuk pertimbangan pihak pengurusan.
-
Dokumen permohonan yang memenuhi syarat kelayakan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Rumah Zakat Pulau Pinang untuk penelitian dan kelulusan.
-
Pembinaan bagi permohonan yang berjaya akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh Zakat Pulau Pinang.
RUMAH CONTOH
MAJLIS PELANCARAN LOGO