En Muhamad Asyraf, Pengurus Besar Jabatan Operasi Kutipan bersama Pegawai Bahagian Dakwah Korporat daripada Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang telah bertemu dan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada pihak Pengurusan Tinggi Pertubuhan Peladang Kg Pelet iaitu En Mohd Hariz Bin N- Hashim selaku Pengurus Besar yang diadakan di Pejabat PPK Kg Pelet.
Setelah selesai bertemu muzakki di PPK Kg Pelet, Pegawai Bahagian Dakwah Korporat telah mengatur sebuah pertemuan istimewa dengan seorang ahli perniagaan baru yang berhajat ingin mengetahui cara taksiran zakat perniagaan dan informasi terkini berkenaan Zakat Pulau Pinang dan alhamdulillah beliau yang menjalankan perniagaan atas nama Lyndid Enterprise terus menunaikan zakat perniagaan di Pejabat rasmi Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang.